Surat Tidak Hadir ke Kuliah: Panduan Lengkap dan Contoh Surat

Surat tidak hadir ke kuliah adalah dokumen penting yang diperlukan oleh pelajar untuk memaklumkan kepada pensyarah, pihak universiti atau mana-mana institusi pengajian tentang ketidakhadiran mereka ke kelas.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kepentingan surat ini, langkah-langkah untuk menulis, dan dibekalkan juga beberapa contoh ayat di dalam surat sebagai rujukan.

Kepentingan Surat Tidak Hadir ke Kuliah

Dokumen ini akan mempamerkan sikap profesional dan bertanggungjawab pelajar terhadap kursus pengajian mereka. Dengan memberikan alasan yang munasabah, pelajar boleh mengelakkan sebarang tindakan disiplin dan memastikan rekod kehadiran dan prestasi mereka kekal baik.

Langkah-langkah Menulis Surat Tidak Hadir ke Kuliah

  1. Mulakan dengan salam atau kata sapaan: Pastikan anda menggunakan salam pembuka yang sesuai seperti “Kepada Tuan/Puan” atau “Assalamualaikum.”
  2. Nyatakan tujuan surat: Jelaskan dengan ringkas tujuan surat tersebut, iaitu untuk memberitahu tentang ketidakhadiran ke kuliah.
  3. Berikan Alasan yang Sah: Nyatakan alasan yang sah mengapa anda tidak dapat hadir ke kuliah. Alasan boleh termasuk kesihatan, urusan keluarga, atau sebab-sebab lain yang munasabah.
  4. Sertakan bukti sokongan: Lampirkan bukti sokongan seperti sijil sakit dari doktor atau dokumen rasmi lain yang berkaitan, sekiranya ada.
  5. Nyatakan tempoh ketidakhadiran: Pastikan anda menyatakan tarikh atau tempoh ketidakhadiran dengan jelas.
  6. Ucapan terima kasih dan penutup: Akhiri surat dengan ucapan terima kasih atas keperihatinan, jasa baik dan kerjasama pihak yang berkenaan.

Contoh-Contoh Surat

Contoh 1: Surat Tidak Hadir Kerana Sakit

Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, [Nama Penuh], pelajar [Nombor Matrik], daripada [Nama Program], ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke kuliah pada [Tarikh] kerana masalah kesihatan. Saya telah mendapatkan rawatan dari doktor dan telah disarankan untuk berehat selama [Tempoh].

Bersama-sama ini saya sertakan sijil sakit daripada doktor sebagai bukti sokongan.

Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan berharap dapat memahami keadaan saya. Saya berjanji untuk menebus segala pelajaran yang tertinggal sebaik sahaja saya pulih.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama Tuan/Puan.

Yang benar,
[Nama Penuh]

Contoh 2: Surat Tidak Hadir Kerana Urusan Keluarga

Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, [Nama Penuh], pelajar [Nombor Matrik], daripada [Nama Program], ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke kuliah pada [Tarikh] kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan akan berusaha untuk menebus segala pelajaran yang tertinggal.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama Tuan/Puan.

Yang benar,
[Nama Penuh]

Kesimpulannya, surat ketidakhadiran ke kuliah ini adalah penting untuk memastikan ketidakhadiran mempunyai catatan rekod secara rasmi dan diterima oleh pihak universiti atau pensyarah.

Surat ketidakhadiran ini membantu memastikan adanya komunikasi yang jelas dan sikap bertanggungjawab antara pelajar dan institusi pendidikan, serta mengelakkan sebarang salah faham mengenai sebab ketidakhadiran.

Ini juga dapat menunjukkan sikap profesional dan menghormati peraturan yang ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan.

Sertai Telegram Pendidik.MY untuk maklumat terkini: https://t.me/PendidikMY

Leave a Comment