SPLKPM Login merujuk kepada proses log masuk ke dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM), yang dibangunkan khusus bagi memudahkan warga pendidik merekod, mengurus dan memantau penyertaan dalam program latihan dan pembangunan profesional.
Sistem ini merupakan satu inisiatif transformasi digital oleh KPM bagi memastikan setiap guru di seluruh negara dapat merekod penglibatan mereka dalam kursus, bengkel atau seminar anjuran institusi pendidikan awam dan swasta.
Apakah Itu SPLKPM?
SPLKPM ialah platform rasmi yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merekodkan latihan profesional guru. Melaluinya, guru boleh:
- Menyemak senarai kursus yang telah atau bakal dihadiri.
- Memuat naik sijil penyertaan.
- Memohon latihan baru secara dalam talian.
- Melihat jumlah jam latihan (CPD) yang telah dikumpul.
Artikel Berkaitan: idMe KPM Login (Permohonan dan Semakan Tahun 1)
Panduan SPLKPM Login
Untuk mengakses sistem, guru hanya perlu mengikuti langkah berikut:
- Layari Laman Rasmi SPLKPM
Kunjungi pautan rasmi: https://splkpm.moe.gov.my - Klik ‘Login’
Di halaman utama, klik pada butang ‘Login’ di penjuru atas. - Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
Gunakan ID pengguna yang diberikan (biasanya nombor kad pengenalan tanpa sengkang) dan kata laluan yang telah didaftarkan. - Kemaskini Maklumat Jika Diperlukan
Setelah berjaya masuk, pengguna digalakkan menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi bagi mengelakkan sebarang isu pada masa akan datang.

Panduan Mata Kredit Maksimum SPLKPM
Boleh klik SPLKPM Login untuk menyemak mata kredit semasa masing-masing.
Aktiviti PPB | Mata Kredit Maksimum (MKM) |
---|---|
![]() | Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling (15) |
![]() | Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-Lain (15) |
![]() | Bimbingan dan Pementoran (Coaching & Mentoring) (10) |
![]() | Peningkatan Akademik (20) |
![]() | Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community – PLC) (20) |
![]() | e-Pembelajaran/ Portal eGuru (15) |
![]() | Penyelidikan (20) |
![]() | Penulisan & Pengkaryaan Kreatif (20) |
![]() | Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) (10) |
![]() | Pembacaan Buku (20) |
![]() | Program Sangkutan di luar dan dalam KPM (10) |
![]() | Sumbangan Lain Berbentuk Profesional dan Bukan Profesional (10) |
![]() | Inovasi (20) |
Cara Masukkan Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam dalam SPLKPM
Pastikan anda telah menyelesaikan semua tugasan dan mendapat sijil.
- Klik ikon e-pembelajaran
- Laluan kerjaya : PDP (guru)
- Bidang Latihan : Kefahaman Dasar
- Senarai Latihan : Dasar Dan Governan
- Pelantar e-pembelajaran : EPSA
- Tajuk : Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam
- Jumlah jam : 2 jam
- Tarikh : masukkan tarikh laksana
- Sijil atau transkrip : masukkan link Google drive Sijil
- Simpan
Masalah SPKLPM Login dan Cara Mengatasinya
Sekiranya menghadapi masalah ketika log masuk, seperti terlupa kata laluan, anda boleh klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk mendapatkan semula akses. Pengguna juga boleh menghubungi pentadbir SPLKPM di sekolah atau PPD masing-masing untuk bantuan lanjut.
Kepentingan Sistem SPLKPM kepada Guru
- Memudahkan pemantauan pencapaian jam latihan.
- Menyokong pembangunan profesional berterusan (CPD).
- Memastikan guru kekal relevan dan sentiasa meningkatkan kemahiran.
Dengan SPLKPM, guru tidak lagi perlu menyimpan rekod secara manual kerana segala data akan disimpan secara automatik dalam sistem.
Tips Tambahan SPLKPM Login
- Kerap log masuk bagi memantau perkembangan terkini dalam latihan.
- Pastikan sambungan internet stabil ketika log masuk.
- Gunakan pelayar seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox untuk pengalaman terbaik.
- Pilih waktu yang sesuai; kurang trafik untuk akses.