Latihan tatabahasa kali ini adalah berdasarkan topik Kata Kerja Aktif Transitif. Semua murid perli memahami dan melengkapkan tempat kosong dengan kata kerja aktif transitif yang sesuai.
Latihan Tatabahasa: Kata Kerja Aktif Transitif
1. Adik sedang __________ bola kepada abang di halaman rumah.
A. tidur
B. membaca
C. menendang
D. menangis
2. Cikgu Jasmin __________ latihan matematik kepada murid-murid setiap pagi.
A. mengeluh
B. memberikan
C. memanjat
D. melambai
3. Ibu __________ kek coklat untuk dibawa ke jamuan kelas.
A. membakar
B. mengeluh
C. menyapu
D. menari
4. Ali dan Farah __________ buku cerita kepada adik mereka sebelum tidur.
A. menyanyi
B. menulis
C. membaca
D. berlari
5. Murid-murid itu __________ taman sekolah dengan penuh semangat.
A. menggali
B. melukis
C. membersihkan
D. menangkap
6. Ayah sedang __________ pagar rumah yang rosak akibat ribut.
A. membaiki
B. menjual
C. menimbang
D. menanam
7. Mereka __________ bekalan makanan kepada mangsa banjir di kampung itu.
A. mengecat
B. mengagihkan
C. menyimpan
D. menebang
8. Guru Besar telah __________ hadiah kepada murid cemerlang itu.
A. membawa
B. menyampaikan
C. menyalin
D. menyemai
9. Pasukan bomba segera __________ api yang marak di rumah itu.
A. menggosok
B. menjerit
C. memadam
D. memotong
10. Kakak __________ adik ke klinik kerana demam.
A. mengiring
B. membawa
C. menyanyi
D. mengira
Latihan Tatabahasa Kata Kerja Transitif PDF
Guru-guru atau ibu bapa boleh memuat turun helaian latihan ini dalam bentuk PDF untuk memudahkan cetakan dan edaran secara luar talian.
Panduan Menjawab Latihan Tatabahasa Kata Kerja Transifif
Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang menerima objek sebagai penyambut. Contohnya:
- Kita perlu menjaga kesihatan.