Kurikulum Persekolahan 2027 (KP27)

Kurikulum Persekolahan 2027 merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan yang menggabungkan dua pendekatan utama, iaitu kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi.

Kurikulum berasaskan standard menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai pada tahap tertentu.

Sebaliknya, kurikulum berorientasikan kompetensi menekankan keberhasilan proses pembelajaran secara menyeluruh. Murid akan diberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan sikap mengikut standard yang telah ditetapkan.

Melalui gabungan kedua-dua pendekatan ini, Kurikulum 2027 ini diharapkan mampu menggalakkan pembelajaran yang aktif dan memberi pengalaman pembelajaran yang lebih autentik serta bermakna.

Pendekatan ini juga bertujuan untuk memperkasa penilaian yang lebih relevan dengan keperluan semasa dan memastikan murid dapat mengembangkan ilmu sert kemahiran yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Berkaitan:
Rancangan Pengajaran Tahunan

Matlamat Kurikulum Persekolahan 2027

  1. Mengamalkan kehidupan yang seimbang dalam segala aspek kehidupan.
  2. Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
  3. Menghargai perpaduan dan keharmonian serta menghormati kepelbagaian.
  4. Menjadi warganegara yang beradab dan bertanggungjawab.
  5. Berdaya saing pada peringkat global.

Tahap Persekolahan dan Fokus Kurikulum Persekolahan 2027

Kurikulum Persekolahan 2025

Tahap PersekolahanFokus Kurikulum
PrasekolahKemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.
Sekolah Rendah
Tahap 1 (Tahun 1 dan 2)
Penguasaan literasi dan numerasi serta pembentukan karakter.
Sekolah Rendah
Tahap 2 (Tahun 3 dan 4)
Aplikasi kemahiran, pengetahuan dan nilai serta pembentukan karakter.
Sekolah Rendah
Tahap 3 (Tahun 5 dan 6)
Kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi serta pembentukan karakter.
Sekolah Menengah
Menengah Rendah
Tingkatan 1, 2 dan 3
Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri termasuk perkembangan bakat serta pembentukan karakter.
Sekolah Menengah
Menengah Atas
Tingkatan 4 dan 5
Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan pembentukan karakter.

Pendekatan Baharu dalam Kurikulum Persekolahan 2027

Pembentukan Karakter

  • Membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan warganegara Malaysia yang sejahtera.
  • Berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi agar murid bersedia dan berfikiran positif dalam pembelajaran.
  • Bermula dari prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas.
  • Pelaksanaan melalui slot masa yang khusus dalam jadual waktu.

Penekanan kepada Literasi dan Numerasi

  • Memastikan murid seawal persekolahan menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
  • lntervensi awal akan diberikan bagi membantu murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran literasi dan numerasi.
  • Meningkatkan kesediaan mengikuti pembelajaran pada tahap seterusnya.

Kelas Pembelajaran Bersepadu

  • Bermula di sekolah rendah dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Pendekatan PdP yang menggabungkan kandungan dan kemahiran dari pelbagai disiplin ilmu ke arah pengalaman pembelajaran bermakna.
  • Pembelajaran murid menjadi lebih holistik, relevan dan berhubung kait dengan dunia sebenar.

Kurikulum Persekolahan 2025 diharap dapat melahirkan generasi yang holistik, berdaya saing, dan berketerampilan melalui pembelajaran berasaskan standard yang autentik, relevan, serta memfokuskan persediaan murid masa hadapan.

Leave a Comment