Elaun Penjawat Awam Bagi Gred DG29 – DG54

Elaun Penjawat Awam adalah salah satu kelebihan bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ganjaran ini adalah sebagai tambahan kepada gaji yang diterima oleh semua kakitangan kerajaan. Meskipun jumlahnya mungkin tidak besar, ia tetap sangat membantu dalam menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pendapatan bagi kakitangan kerajaan terdiri daripada beberapa jenis bayaran, antaranya:

  • Gaji Pokok
  • Imbuhan Tetap
  • Bayaran Insentif
  • Bayaran Balik Perbelanjaan dan Tanggungjawab
  • Lain-lain elaun atau bayaran

Apa itu Gaji Pokok?

Gaji pokok merujuk kepada tangga gaji dalam struktur Jadual Gaji Minimum-Maksimum. Boleh rujuk pada penyata gaji anda, gaji pokok ini akan dicatatkan di situ. Log masuk untuk memuat turun penyata gaji bulanan [https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/]

Elaun-elaun Perkhidmatan Awam yang diberikan termasuk:

  • Bantuan Sara Hidup (COLA)
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Elaun keraian

Elaun Penjawat Awam: COLA

Bantuan Sara Hidup, yang sering disebut sebagai COLA, diberikan berdasarkan tiga kategori kawasan:

  • Kawasan A: RM300
  • Kawasan B: RM250
  • Kawasan C: RM150

Pembahagian kawasan ini bergantung pada kos hidup di setiap tempat. Contohnya, kawasan A merujuk kepada bandar metropolitan, kawasan B kepada bandar biasa atau pinggiran bandar, dan kawasan C kepada luar bandar.

Namun, pembahagian ini tidak selalu tepat menggambarkan kos sara hidup sebenar, kerana ada kalanya kos hidup di luar bandar boleh jadi lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

Elaun Penjawat Awam: Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dikenali juga sebagai elaun perumahan ini diagihkan berdasarkan Gred Gaji setiap penjawat awam. Berikut merupakan jadual elaun:

GRED GAJI KADAR ELAUN ITP BULANAN
DG29, 32, 34, 38, 40RM300
DG41 DAN 42RM300
DG44RM400
DG48 DAN 52RM700
DG54RM900

Contoh dalam jadual tersebut merujuk kepada gred untuk guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Walaupun pada hakikatnya kos sebenar untuk menyewa rumah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang diberikan, namun angka ini masih sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam.

Mungkin kerajaan perlu mempertimbangkan semula kadar bayaran elaun perumahan ini supaya lebih selaras atau hampir menyamai kos sebenar untuk menduduki sesebuah rumah.

Elaun Penjawat Awam:  Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

Elaun ini diberikan kepada semua penjawat awam DG 29 hingga DG 41 sebagai sebahagian daripada pakej imbuhan tetap bagi semua kakitangan kerajaan.

GRED GAJI KADAR ELAUN ITKA BULANAN
DG29, DG32, DG34RM160
DG38, DG40RM220
DG41, DG42RM300

Elaun Penjawat Awam:  Elaun Keraian

GRED GAJI KADAR ELAUN KERAIAN BULANAN
DG44RM400
DG48RM550
DG52RM600
DG54RM800

Bagi penjawat awam dengan Gred DG 44 dan ke atas, golongan ini akan menerima Elaun Tetap Keraian. Kadar elaun ini bersesuaian dengan peranan penjawat jawatan yang sering berhubung dengan masyarakat atau pihak luar sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

Penutup

Semoga maklumat ini dapat membantu anda memahami pelbagai elaun dalam perkhidmatan awam. Perlu diingat, elaun-elaun ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada bajet kerajaan. Jumlahnya mungkin meningkat atau menurun berdasarkan keperluan dan kemampuan perbelanjaan negara.

Leave a Comment