Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa, dan agama. Oleh itu, kalendar cuti umum di Malaysia agak unik dan berbeza-beza mengikut negeri.
Setiap tahun, kerajaan Malaysia menetapkan senarai cuti umum bagi memastikan rakyat dari pelbagai latar belakang dapat merayakan perayaan keagamaan dan kebudayaan mereka dengan tenang dan meriah. Artikel ini akan menerangkan secara menyeluruh tentang cuti umum di Malaysia, termasuk jenis cuti, kategori, serta cuti-cuti utama yang diraikan di negara ini.
Kenapa Cuti Umum Penting di Malaysia?
Public holiday memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian masyarakat Malaysia. Dengan memberikan masa rehat kepada pekerja dan pelajar, cuti ini juga menjadi peluang untuk merapatkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan.
Cuti umum juga penting untuk merangsang ekonomi tempatan melalui sektor pelancongan. Ramai rakyat Malaysia memanfaatkannya untuk melancong, bersantai atau menikmati aktiviti yang tidak dapat dilakukan pada hari bekerja.
Jenis-Jenis Cuti Umum di Malaysia
Terdapat dua jenis utama cuti umum di Malaysia:
- Cuti Umum Kebangsaan
Cuti ini disambut di seluruh negara tanpa mengira negeri. Contohnya adalah Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Krismas. - Cuti Umum Negeri
Setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa untuk menetapkan cuti umum mereka sendiri. Negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor, contohnya, turut bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala negeri lain bercuti pada hari Sabtu dan Ahad.
Senarai Hari Kelepasan Am Persekutuan Malaysia
Berikut adalah beberapa peristiwa atau perayaan yang disambut di seluruh Malaysia; diiktiraf sebagai cuti umum kebangsaan:
Tahun Baharu (1 Januari)
Awal tahun merupakan masa untuk merayakan permulaan tahun baru dan merefleksikan pencapaian tahun lepas. Ramai yang mengambil peluang cuti ini untuk bersama keluarga atau kawan-kawan bagi menyambut kedatangan tahun baru.
Tahun Baru Cina (29 Januari)
Tahun Baharu Cina ialah perayaan besar masyarakat Tionghoa di Malaysia. Tarikhnya berubah setiap tahun mengikut kalendar lunar Cina. Pada ahri perayaan, keluarga Tionghoa berkumpul, pulang ke kampung, dan bertemu sanak saudara untuk meraikan bersama.
Hari Raya Aidilfitri (31 Mac)
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan besar umat Islam setelah sebulan menjalani ibadah puasa. Pada hari mulia ini, sanak saudara berkumpul, mengeratkan silaturahim, bermaafan atas khilaf yang lalu, serta menjamu juadah tradisional dengan penuh rasa syukur dan keinsafan.
Hari Pekerja (1 Mei)
Hari Pekerja diraikan bagi menghargai sumbangan pekerja dalam pembangunan ekonomi negara. Banyak syarikat memberikan hari cuti ini sebagai tanda penghargaan kepada para pekerja.
Hari Wesak (12 Mei)
Hari Wesak adalah perayaan untuk memperingati kelahiran dan pencapaian Gautama Buddha. Disambut dengan penuh ketenangan, penganut Buddha melakukan upacara keagamaan, meditasi, serta amal jariah bagi mencapai kesejahteraan rohani dan kedamaian.
Hari Raya Aidiladha (7 Jun)
Hari Raya Aidiladha memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. mentaati perintah Allah SWT untuk mengorbankan puteranya, Nabi Ismail A.S. Disambut dengan ibadah korban, umat Islam berkongsi daging korban bersama fakir miskin, keluarga, dan jiran sebagai tanda syukur.
Hari Kebangsaan (31 Ogos)
Pada hari ini, rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan negara daripada penjajahan British. Terdapat pelbagai sambutan, termasuk perarakan kebangsaan, diadakan di Putrajaya atau Kuala Lumpur.
Hari Malaysia (16 September)
Hari Malaysia ialah cuti umum yang menyambut penyatuan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan negara Malaysia pada tahun 1963. Ini adalah cuti penting bagi mengenang sejarah pembentukan negara.
Perayaan Deepavali (20 Oktober)
Deepavali, dikenali sebagai Festival Cahaya, ialah perayaan suci bagi penganut Hindu yang melambangkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan. Pada hari ini, mereka menghias rumah dengan lampu, berdoa di kuil, dan berkumpul bersama keluarga untuk mengeratkan silaturahim.
Hari Krismas (25 Disember)
Hari Krismas adalah perayaan keagamaan bagi penganut agama Kristian di seluruh dunia. Di Malaysia, hari ini juga diisytiharkan public holiday bagi meraikan kepelbagaian kepercayaan.
Cuti Umum Negeri di Malaysia
Setiap negeri di Malaysia mempunyai beberapa cuti umum tambahan yang tidak semestinya sama dengan negeri lain. Berikut adalah beberapa cuti yang unik mengikut negeri:
- Hari Keputeraan Sultan: Setiap negeri mempunyai hari cuti khas untuk menyambut hari keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri mereka.
- Awal Ramadan (Johor, Kedah, Melaka): Beberapa negeri turut memberikan cuti sempena hari pertama bulan Ramadan untuk membolehkan persediaan bagi ibadah puasa.
- Hari Gawai dan Kaamatan (Sabah dan Sarawak): Perayaan ini diraikan oleh masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.
Senarai Lengkap Hari Kelepasan Am Persekutuan / Negeri
Kalendar Kuda Januari 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Januari | Rabu | Tahun Baru 2025 | Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, , Perlis, Johor dan Terengganu |
14 Januari | Selasa | Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
27 Januari | Isnin | Israk & Mikraj | Negeri Sembilan, Kedah & Perlis |
29 Januari | Rabu | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
30 Januari | Khamis | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua Negeri |
Kalendar Kuda Februari 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Februari | Sabtu | Hari Wilayah Persekutuan | Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan |
11 Februari | Selasa | Hari Thaipusam | Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang |
20 Februari | Khamis | Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah | Melaka |
Kalendar Kuda Mac 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
2 Mac | Ahad | Awal Ramadhan* | Johor, Kedah & Melaka |
4 Mac | Selasa | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
18 Mac | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu |
23 Mac | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
31 Mac | Isnin | Hari Raya Puasa* | Semua Negeri |
Kalendar Kuda April 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 April | Selasa | Hari Raya Puasa (Aidilfitri) | Semua Negeri |
18 April | Jumaat | Good Friday | Sabah dan Sarawak |
26 April | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
Kalendar Kuda Mei 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Mei | Khamis | Hari Pekerja | Semua Negeri |
12 Mei | Isnin | Hari Wesak | Semua Negeri |
17 Mei | Sabtu | Hari Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Mei | Khamis | Hari Hol Pahang | Pahang |
30 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
31 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah dan Labuan |
Kalendar Kuda Jun 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
1 Jun | Ahad | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
2 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong | Semua Negeri |
2 Jun | Isnin | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
6 Jun | Jumaat | Hari Arafah | Terengganu |
7 Jun | Sabtu | Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha * | Semua Negeri |
8 Jun | Ahad | Hari raya haji / korban / Aidiladha (Hari Kedua) | Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu |
15 Jun | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
27 Jun | Jumaat | Awal Muharram | Semua Negeri |
*cuti pertengahan tahun sekolah |
Kalendar Kuda Julai 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
7 Julai | Isnin | Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang (Penang) |
12 Julai | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang (Penang) |
22 Julai | Selasa | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Julai | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
31 Julai | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
Kalendar Kuda Ogos 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
24 Ogos | Ahad | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
31 Ogos | Ahad | Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) | Semua Negeri |
Kalendar Kuda September 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
5 September | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Semua Negeri |
5 September | Selasa | Hari Malaysia | Semua Negeri |
5 September | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
5 September | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) | Kelantan |
Kalendar Kuda Oktober 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
4 Oktober | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
11 Oktober | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
20 Oktober | Isnin | Hari Deepavali | Semua Negeri Kecuali Sarawak |
Kalendar Kuda November 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
7 November | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
Kalendar Kuda Disember 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri Terlibat |
11 Disember | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
25 Disember | Khamis | Hari Krismas | Semua Negeri |
Cuti Tambahan KPM Sempena Perayaan
Cuti tambahan sempena perayaan ini adalah melibatkan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Deepavali sahaja. Hal ini kerana, perayaan lain jatuh pada hari cuti persekolahan.
- Perayaan Tahun Baru Cina 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Tahun 2025 Sesi 2024/2025)
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja): 30 & 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal 1. Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Gawai Dayak : 01 & 02 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026) (Sarawak sahaja)
- Perayaan Hari Krismas 25 Disember 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
Panduan Merancang Cuti dengan Bijak
Memandangkan terdapat banyak cuti yang jatuh pada hari Isnin atau Jumaat, ramai rakyat Malaysia menggunakan peluang ini untuk merancang cuti panjang atau extended holiday. Berikut adalah beberapa tips untuk merancang cuti panjang:
- Pilih Destinasi Awal: Jika bercadang untuk melancong, pastikan destinasi dipilih lebih awal bagi mendapatkan harga tiket penerbangan atau hotel yang lebih murah.
- Gabungkan Cuti Tahunan: Bagi mereka yang bekerja, cuba gabungkan cuti tahunan dengan cuti ini untuk mendapatkan rehat yang lebih lama.
- Periksa Cuti Sekolah: Bagi ibu bapa, pastikan cuti umum yang dirancang bersamaan dengan cuti sekolah agar aktiviti bersama anak-anak dapat dirancang dengan baik.
Kesan Cuti Umum terhadap Ekonomi Malaysia
Cuti yang berlebihan memberi kesan yang besar terhadap sektor ekonomi, terutamanya dalam industri peruncitan, pelancongan, dan perhotelan. Pada musim cuti, pusat membeli-belah dan tempat-tempat peranginan akan mengalami lonjakan pengunjung.
Hal ini bukan sahaja meningkatkan hasil jualan dan perbelanjaan pelancongan, tetapi juga memberikan peluang pekerjaan sementara bagi industri tersebut.
Namun, perlu diingat bahawa terlalu banyak cuti juga boleh memberi kesan kepada produktiviti ekonomi, terutamanya di sektor pembuatan yang memerlukan operasi berterusan. Oleh itu, kerajaan mengimbangi jumlah cuti ini agar sesuai dengan keperluan ekonomi tanpa mengabaikan kepentingan sosial dan budaya rakyat.
Kesimpulan
Cuti umum di Malaysia bukan sahaja sekadar hari rehat, tetapi membawa makna yang lebih mendalam. Ia adalah waktu untuk menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya, dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, cuti yang diatur dengan baik juga boleh meningkatkan kesejahteraan mental pekerja dan menyokong perkembangan ekonomi melalui pelancongan.
Dengan pemahaman yang lebih mendalam tentang cuti umum ini, rakyat Malaysia diharapkan dapat merancang aktiviti tahunan mereka dengan lebih efektif dan produktif.
Rujukan : Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan