Gagal SPM Tapi Berjaya (Sambung Belajar)

Assalamualaikum WBT,

Terutamanya kepada adik-adik yang baru mendapat keputusan SPM. Mesti ada yang dapat result yang kurang memuaskan. Mungkin ada yang rasa seakan-akan diri gagal dalam hidup dek kerana keputusan SPM yang di lihat gagal.  Mari ikuti cerita-cerita berikut:

Gambar: Stephen Hawking.

Stephen Hawking – pernah dengar nama Stephen Hawking?. Beliau adalah seorang saintis yang terkenal di dunia. Beliau baru sahaja meninggal dunia. Sebelum beliau mengidap penyakit aneh yang menyebabkan beliau lumpuh dan tak mampu bercakap, beliau seorang pelajar yang biasa-biasa. Tetapi, setelah beliau di timpa penyakit, otak beliau menjadi semakin cekap dan pintar.

Pengajaran: Lihat bagaimana tuhan membahagikan nikmatnya. Seseorang yang ditimpa musibah tidak selamanya ditimpa musibah.

Gambar: Albert Einstein

Albert Einstein – beliau juga pelajar yang biasa di sekolahnya. Beliau pernah berhenti sekolah suatu masa dahulu kerana kurang minat dengan apa yang dipelajari. Beliau mungkin juga kurang berminat menyikat rambutnya. Tetapi, beliau menjumpai minatnya dalam bidang matematik dan sains.  Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya sehingga menjadi saintis terbaik didunia (diiktiraf dunia barat).

Pengajaran: Carilah apa yang kita minati dan belajarlah. Manfaatkan ilmu tersebut tak kira ilmu agama, matematik, sains, sejarah, bahasa, seni atau perniagaan dan buatlah yang terbaik tanpa berputus asa. Setiap manusia dilahirkan berbeza.

Ahli ilmu yang berubah – Di zaman sahabat contohnya, terdapat ahli ilmu yang pada asalnya berakhlak buruk seperti menjadi pencuri, penyamun dan sebagainya. Tetapi apabila mereka tekad berubah dan menuntut ilmu dengan seratus peratus fokus, keazaman dan perhatian, mereka berjaya menjadi antara ahli ilmu yang terkenal dan terbaik di zamannya.

Pengajaran: Tidak pernah terlambat untuk berubah. Kadang-kadang, kelemahan itu adalah sikap dan akhlak kita sendiri. Beubahlah mulai sekarang dan penuhilah potensi diri.

Doktor falsafah yang gagal SPM – Ini antara kisah benar yang saya sendiri pernah dengar. Tentang seorang pensyarah yang mempunyai sijil SPM dengan keputusan yang biasanya orang labelkan sebagai gagal. Namun, beliau bangkit untuk terus belajar dan akhirnya mendapat ijazan kedoktoran, iaitu ijazah pelajaran tertinggi.  Selepas SPM, terdapat sijil matrikulasi/asasi, kemudian diploma,  kemudian ijazah sarjana muda, kemudian ijazah sarjana dan barulah boleh mendapatkan ijazah kedoktoran. Ijazah kedoktoran itu sendiri memakan masa dan usaha yang banyak untuk diperolehi. Bayangkan proses pembelajaran yang beliau tempuhi untuk menjadi diri beliau sekarang. Jika dulu mungkin beliau dipandang rendah oleh rakan-rakan sekelas, sekarang tidak mustahil beliau yang mendidik anak-anak kepada rakan beliau tersebut.

Pengajaran: Usaha tangga kejayaan. Jika kita lemah dalam sesuatu bidang contohnya matematik dan sains, carilah bidang yang sesuai dengan kita, Belajarlah tanpa jemu dengan niat ikhlas untuk memanfaatkan diri sendiri dan orang lain terutamanya keluarga, masyarakat, negara dan agama yang tercinta.

Mudah-mudahan, kejayaan menjadi milik kita!!

 

Author: Muhamad Hariz

I am a Ph.D. candidate in IT at Universiti Teknologi PETRONAS. I have a Master and Bachelor of Computer Sciences from Universiti Sains Malaysia. I obtained 5As for UPSR, 8As for PMR and 7As for SPM. I believe that everyone deserves a good education.

4 Comments to “Gagal SPM Tapi Berjaya (Sambung Belajar)”

  1. I want continue my studying

    1. All the best to u 🙂

  2. Saya harap saya dapat sambung belajar kerana saya tidak lulus spm

    1. Hidup ni bukan satu garisan lurus. Jangan putus asa. Ambil apa-apa peluang ada inshaallah satu hari nanti akan berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *