PENDIDIK.MY Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran Tips  Study Tips

Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran

Assalamualaikum WBT. Harini saya akan kongsikan tips untuk berjaya dalam pelajaran. Sedikit biodata mengenai diri saya. Saya merupakan pelajar yang agak nakal semasa di sekolah menengah. Tetapi, berkat tips yang saya amalkan, saya masih mampu mendapat keputusan yang agak cemerlang ketika di sekolah. Alhamdulillah, sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.).

Baik, apakah tips-tips untuk berjaya dalam pelajaran? Terdapat banyak tips yang pernah dikongsikan. Tetapi, saya nak beri beberapa tips yang saya sendiri gunakan.

  1. Doa ibu bapa.
  2. Doa guru.
  3. Hormati guru.
  4. Niat belajar untuk menimba ilmu.
  5. Bersihkan hati dari sebarang perkara tidak baik.
  6. Jaga mata dari perkara tidak baik
  7. Banyakkan memberi.
  8. Mendoakan kejayaan orang lain.

Seperti yang kita tahu, doa ibu bapa dan guru merupakan doa yang amat mustajab. Oleh itu, perlu untuk sentiasa meminta mereka doakan kita terutama sekali sebelum menghadapi peperiksaan.

Saya sentiasa ingat akan pesan ustaz, iaitu senakal manapun kita, jangan sesekali bersikap kurang ajar dengan guru yang mengajar kita. Dengan cara tersebut, ilmu yang kita terima menjadi lebih berkat. Hormatilah guru dan berinteraksilah dengan mereka dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Seterusnya ialah berkaitan dengan hati. Niat kita belajar mestilah betul iaitu untuk menimba ilmu. Jangan berniat untuk menunjuk-nunjuk atau merendahkan orang lain. Hati mestilah dibersihkan dari perkara yang tidak baik.  Ini kerana, ilmu sangatlah berkaitan dengan hati. Ilmu ibarat cahaya dan hati ibarat bekasnya. Hanya bekas yang bersih mampu menyimpan cahaya. Manakala hati yang kotor hanya mampu menyimpan kegelapan.

Akhir sekali, kejayaan dalam pelajaran berkaitan dengan amalan kita. Antara amalan yang penting ialah jaga mata dari melihat perkara tidak baik. Banyakkan memberi sedekah dan bantuan kepada orang lain, sama ada dalam bentuk ilmu, pertolongan, wang dan sebagainya. Doakan juga sahabat-sahabat kita yang sama-sama menuntut ilmu untuk berjaya. Dengan cara ini, doa itu akan kembali kepada kita.

Saya doakan agar semua yang menuntu ilmu akan berjaya.

PENDIDIK.MY Cara Untuk Berjaya Dalam Pelajaran Tips  Study Tips

Author: Muhamad Hariz

I am a Ph.D. candidate in IT at Universiti Teknologi PETRONAS. I have a Master and Bachelor of Computer Sciences from Universiti Sains Malaysia. I obtained 5As for UPSR, 8As for PMR and 7As for SPM. I believe that everyone deserves a good education.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *